Majlis Perpisahan Guru-Guru Praktikum
Tarikh :
Masa :
objektif :
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011
Selamat Hari Guru 2011!
Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan pada 26 Mei 2011.
Tema pada tahun ini adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
Pelbagai acara telah dijalankan antaranya perlawanan 'futsal', bola jaring, sukaneka, persembahan pelajar dan sebagainya.
Kek telah disumbangkan oleh kelab guru dan lembaga pengawas sekolah.
Sambutan telah berlangsung dengan lancar dan meriah.

Thursday, July 2, 2009
Hari Koperasi SMKBK (24 Jun 2009)
Rabu, 24 Jun- Hari Koperasi bagi peringkat sekolah telah diadakan pada waktu perhimpunan pagi di tapak perhimpunan SMKBK.
Tujuan Hari Koperasi ini adalah untuk menghebahkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.Selain itu, ianya bertujuan untuk mengembleng penyertaan menyeluruh pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat.
Acara telah bermula tepat pukul 7.30 pg dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan nyanyian lagu Koperasi.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dari pelajar dan bacaan tema sambutan "Koperasi Sekolah Asas Kecemerlangan Koperasi Dewasa"

Ucapan dari Tuan Pengetua SMKBK, En Ahmad Ezzat menyusul dan diteruskan dengan pembacaan Perutusan daripada YDP ANGKASA, Menteri Pembangunan Usahawann dan Koperasi dan Menteri Pelajaran oleh Pelajar.
Sebelum acara perasmian diteruskan, semua pelajar dan guru mendapat cenderahati sebagai tanda ingatan Hari Koperasi yang telah dijalankan.

Hari Koperasi dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En Ahmad Ezzat dan Majlis bersurai kira-kira pada 9.20 pg dan pelajar-pelajar diberi masa untuk ke koperasi untuk membeli barang-barang yang dijual dengan harga istimewa.

Tuesday, June 16, 2009
Hari Pertama Semester Kedua Bermula
15 Jun, Isnin-Hari ini merupakan hari pertama persekolahan di dalam Semester Kedua kalendar persekolahan setelah hampir dua minggu bercuti. SMK Batu Kawan, seperti biasa memulakan sesi pada hari ini dengan Perhimpunan Rasmi yang dipengerusikan oleh Cikgu Marzhukhi.
Guru bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Marzhukhi dan Cik Ng Li Li.
Perhimpunan pada hari ini agak istimewa kerana ia merupakan hari pertama persekolahan dengan Tuan Pengetua yang baru iaitu En Ahmad Ezzat yang menggantikan Pn Hajah Jusniar yang telah bertukar ke Kepala Batas.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang. Majlis kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh Pengawas, Ikrar Rukun Negara, Ikrar Pelajar dan bacaan misi dan visi.
Kemudian, perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan ringkas oleh PK Pentadbiran iaitu Tn Hj Mustaffa b. Man dan diikuti oleh ucapan pertama dari Tuan Pengetua, En Ahmad Ezzat.
Perhimpunan tamat pada 8.15 pagi

Subscribe to:
Posts (Atom)