Thursday, July 2, 2009

Hari Koperasi SMKBK (24 Jun 2009)

Rabu, 24 Jun- Hari Koperasi bagi peringkat sekolah telah diadakan pada waktu perhimpunan pagi di tapak perhimpunan SMKBK.

Tujuan Hari Koperasi ini adalah untuk menghebahkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.Selain itu, ianya bertujuan untuk mengembleng penyertaan menyeluruh pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat.

Acara telah bermula tepat pukul 7.30 pg dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan nyanyian lagu Koperasi.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa dari pelajar dan bacaan tema sambutan "Koperasi Sekolah Asas Kecemerlangan Koperasi Dewasa"



Ucapan dari Tuan Pengetua SMKBK, En Ahmad Ezzat menyusul dan diteruskan dengan pembacaan Perutusan daripada YDP ANGKASA, Menteri Pembangunan Usahawann dan Koperasi dan Menteri Pelajaran oleh Pelajar.

Sebelum acara perasmian diteruskan, semua pelajar dan guru mendapat cenderahati sebagai tanda ingatan Hari Koperasi yang telah dijalankan.



Hari Koperasi dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En Ahmad Ezzat dan Majlis bersurai kira-kira pada 9.20 pg dan pelajar-pelajar diberi masa untuk ke koperasi untuk membeli barang-barang yang dijual dengan harga istimewa.

No comments:

Post a Comment

COUNTDOWN!

UPDATED!