Tuesday, June 16, 2009

Hari Pertama Semester Kedua Bermula

15 Jun, Isnin-Hari ini merupakan hari pertama persekolahan di dalam Semester Kedua kalendar persekolahan setelah hampir dua minggu bercuti. SMK Batu Kawan, seperti biasa memulakan sesi pada hari ini dengan Perhimpunan Rasmi yang dipengerusikan oleh Cikgu Marzhukhi.

Guru bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Marzhukhi dan Cik Ng Li Li.

Perhimpunan pada hari ini agak istimewa kerana ia merupakan hari pertama persekolahan dengan Tuan Pengetua yang baru iaitu En Ahmad Ezzat yang menggantikan Pn Hajah Jusniar yang telah bertukar ke Kepala Batas.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang. Majlis kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh Pengawas, Ikrar Rukun Negara, Ikrar Pelajar dan bacaan misi dan visi.

Kemudian, perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan ringkas oleh PK Pentadbiran iaitu Tn Hj Mustaffa b. Man dan diikuti oleh ucapan pertama dari Tuan Pengetua, En Ahmad Ezzat.

Perhimpunan tamat pada 8.15 pagi

No comments:

Post a Comment

COUNTDOWN!

UPDATED!