Tuesday, June 14, 2011

SEJARAH SMK BATU KAWAN



SMK Batu Kawan telah dibuka pada 6 Januari 2003.
Sebelum itu SMK Batu Kawan telah menumpang sementara di SK Bukit Tambun.

Bangunan SMK Batu Kawan dan SK Batu Kawan ini yang bernilai hampir RM22 juta telah siap sepenuhnya dan boleh mula digunakan pada 29 April 2003.

Nama sekolah ini telah diambil sempena nama Pulau Batu Kawan yang sebelum ini merupakan ladang kelapa sawit dan kelapa. Sekolah mula dirintis dengan 90 orang murid dan 9 orang guru dengan diketuai oleh penyelaras En Mohd Mustaffa bin Man(Penyelia Petang SMK Valdor).


Senarai Pengetua yang berkhidmat di SMK batu Kawan sehingga kini

Pengetua Pertama

En. Nafiah b. Mat (Penolong PPD Seberang Perai Selatan)

2004 hingga pertengahan 2004

Pengetua Kedua

Tn. Hj. Aziz b. Yusof

Pengetua Ketiga

Pn. Hjh Jusniar bt. Ab Jalil

Pengetua Keempat

En. Ahmad Ezzat b. Ismail

Pengetua Kelima

Cik Azma Bt. Ismail

2011 hingga kini


SMK Batu Kawan kini mempunyai 20 kelas dengan jumlah murid seramai 530 yang mempunyai komposisi kaum Melayu (54%), kaum India (28%), kaum Cina(18%). Seramai 40 orang gurudan dua orang Kaunselor sepenuh masa bertugas di sekolah ini.








No comments:

Post a Comment

COUNTDOWN!

UPDATED!